"Tuhan,

kuatkan aku,

lindungi ku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu"

[Muhasabah Cinta- Edcoustic]

Monday, July 4, 2011

copy then paste! :) and share.


Tanda-Tanda jiwa yang sihat dan tenteram sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨
Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita.
Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Firman Allah s.w.t:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [Al-Israa`:82.]
Selain itu Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi dalam kitabnya Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan menyebutkan beberapa sifat yang dimilik oleh jiwa yang sihat, iaitu:
1. Matlamatnya akhirat
2. Keinginan menuju Allah s.w.t.
3. Tidak bosan berzikir
4. Menyesal jika tertinggal dari berzikir
5. Rindu untuk beribadah
6. Khusyu' dalam shalat
7. Keinginannya hanya kepada Allah
8. Menjaga waktu
9. Muhasabah dan memperbaiki diri

Sunday, July 3, 2011

copy then paste! :)

Friendship is like a golden thread that binds two hearts..A feeling that keeps growing even we are far apart....No matter where we are....I want you to know,you're a friend i feel...Always close to!

Monday, June 27, 2011

:)

Someone once asked Imam Ja’far Al-Sadid (as) to show him God.
The Imam replied, “Look at the sun.” The man replied that he could not look at the sun because it was too bright.

Imam Ja’far Al-Sadiq(a.s) replied: “If you cannot see the created, how can you expect to see the creator?”

Friday, June 24, 2011

:)

Dari Abu Hurairah r.a., "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:
"Ada tujuh golongan yang di naungi Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya;
(1) "Pemimpin yang adil,"(Bukan hanya pemimpin negara sahaja malah suami isteri juga di kira sebagai pemimpin)
(2) "Pemuda yang rajin beribadah kepada Allah,"
(3) "Laki-laki yang hatinya bergantung pada masjid-masjid,"
(4) "Dua orang lelaki yang saling mencintai semata-mata karena Allah, mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah,"
(5) Laki-laki yang di goda oleh wanita bangsawan lagi cantik,lalu ia berkata, "Sesunguhnya aku takut kepada Allah."
(6) "Laki-laki yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di sedekahkan oleh tangan kanannya,"
(7) "Laki-laki yang mengingat Allah bersunyi diri hingga berlinangan air mata." (Bukhari, Muslim).



Allah.

Saturday, June 18, 2011

:)

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya'' 

Saturday, June 4, 2011

:)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; " Pada Hari Qiamat amalan-amalan anak adam dibentangkan di hadapan Allah (Azzawajalla) yang tercatit di dalam sebuah buku yang dimeterikan. Kemudian Allah mengatakan campakkan yang ini dan terima yang ini. Para malaikat pun mengatakan; Wahai Tuhan kami; demi Allah kami tidak mendapati darinya selain dari kebaikan. Allah menjawab: Sesungguhnya amalan yang dilakukannya bukanlah dilakukan kerana Aku. Di hari ini aku tidak terima apa-apa amalan kecuali dilakukan kerana Aku. " (diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Ya'la al-Musiliy)

Tuesday, May 31, 2011

:)

…Ramai yg mncari cinta tetapi tertipu olehnya, ramai yg kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmatNYA,ramai yg mmbenci cinta dan mmbenci nyawanya..Kerana cinta yg dicari tanpa melalui pencipta adalah cinta yg tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yg bukan hanya melalaikan jiwa,mengelapkan hati malah buta pada pncipta. Bila musibah melanda,mula salahkan Tuhan kerana tidak mnyedarkan dari leka. Hati kita yg lemah,sentiasa digodai nafsu.Adanya Iman…apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan.Insya allah… ~(@  klik!

Wednesday, May 25, 2011

pagi hari ini.

pagi-pagi dah teringat nak balik. apa ni? sabar la. hati. hati. balik malaysia rindu nak balik mesir, balik mesir rindu malaysia. :)

pagi ni jugak, teringat seorang kawan. dari mula masuk mat jiwa sampai sekarang, hati ni sama untuk dia, tak berubah. alhamdulillah. dari form 1 dormate then sampai form 3 jadi bedmate. :) rindunya. naik form 4 dah tak sekali. sebab tak sekali la. sifatnya sangat dikagumi. yang paling kagum sekali, ala kulli hal dia sangat bersederhana. sifat yang tak semua orang ada dan susah nak jumpa. dari pakaian hinggalah wataknya. cakap pun tak lebih-lebih. rindunya nak sembang macam dulu-dulu. insyaAllah dia akan fly dalam bulan 7/8 ni. exam pun hujung bulan 7 baru habis :(. janji nak balik pi hantar. janji tinggal janji.

kalau ukhwah kita kerana Allah, insyaAllah bukan takat kat dunia ja. insyaAllah, sama-sama kita doa. :) 

ukhwah itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujung. dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya. insyaAllah :)



pagi ni jugak, roomate exam. study sorang-sorang. lepas habis satu chapter, teringat lagi. :) teringat semalam ada housemate mintak tolong download ceritera pasal palestin. tergerak nak tgk ending. ending pn dah cukup buat mata ni bengkak. 

subhanallah. macam-macam rasa. sedih, semangat nak jihad, geram dengan israel laknatullah, geram, geram, geram. T_T. cerita tu ya Allah, tu baru dalam cerita. ntah yang kat sana tu macam mana la rupanya. then, tengok dari awal sampai habis. muhasabah kejap. rasa nak meluah. satgi kena sambung study. fighting! semangat study betul-betul untuk jejak tanah palestin satu hari nanti insyaAllah. :)



Tuesday, May 17, 2011

:)

“…Saat Allah swt MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt melenyapkan segala rasa PUTUS ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik…:''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU...'' =)

Sunday, May 15, 2011

:)

[ wahai  orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?  (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, ]

sentiasa belajar dari ciptaan Allah.

lama tak menulis. semalam baca blog orang setelah sekian lama, baru tergerak nak menulis. hari ni banyak belajar  tentang ciptaan Allah yg Maha Kuasa. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. semakin kita di tengah, semakin banyak kita belajar. Alhamdulillah.

the way to happiness..
keep your heart free from hate..
your mind from worry..
live simply..
expect little..
but..
give more..♥
sentiasa buat yang terbaik untuk beri yang terbaik kepada orang lain..


Sunday, January 9, 2011

 Nabi s.a.w pernah bersabda:"Sungguh!besarnya pahala adalah setimpal dgn besarnya ujian.dan sungguh!ALLAH ta'ala apabila mencintai sesuatu kaum, diuji mereka itu dgn ujian. bagi siapa yg redha, maka keredhaan ALLAH menaunginya dan brgsiapa yg marah, maka kemurkaan ALLAH ke atasnya (HR Tirmizi)

Thursday, December 30, 2010

:)

Allah mencipta kita maka Dia mengetahui apa yang sesuai dengan hambanya dan yakinlah pada diri kita, maka kita akan mampu melakukan apa sahaja yang kita inginkan dengan izin Allah. Sesungguhnya kejayaan itu adalah rahsia Allah yang tersembunyi agar kita tidak berputus asa. Maka jadikan ia sebagai pemangkin kepada kita untuk mencapai kejayaan. “Apabila seseorang itu tidak diberi pertolongan oleh Allah, maka perkara pertama yang menghancurkannya adalah usahanya” Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi kenapa banyak DUGAAN, kadang-kadang kita minta KETENANGAN tapi MASALAH yang timbul, kadang-kadang kita minta KEBAHGIAAN tapi KEKECEWAAN yang diberi. ...DUGAAN menjadikan kita KUAT, MASALAH menjadikan kita BERFIKIR, KEKECEWAAN menjadikan kita TABAH..."

Friday, December 3, 2010

:)

Berkata Imam Al-Ghazali : " Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci, matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan, hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal, mulutmu tersenyum, perutmu lapar, hatimu luka, hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam, setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman, sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan, sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.."

Wednesday, December 1, 2010

dunia..

sabar tehah sabar. ambil mana yg baik, yg buruk tu buang jauh-jauh..


dunia..tak lama. sabar. sikit ja lagi. fuhhh.~!


mak : buat bagi mudah insyaAllah Allah akan mudahkan kita
mak : buat org senang insyaAllah Allah akan menyenangkan kita
mak : moga Allah memelihara anak mak


amiiiin~ terima kasih mak ayah. doa aah selalu.


:: losing is not the end. giving up is what ends everything. ::