Running man.
Dulu bila terlampau stress, mula la menonton running man untuk mengelakkan diri dari berada dalam dunia sebenar sebentar. hahaha. gelak punya gelak sensorang. Sekarang, virus tu dah tak beberapa active dalam badan, mungkin dah adapt dengan immune diri. semakin kurang tengok, sedikit bosan, asyik game sama, tapi tak lah tak tengok langsung. heee.
Ermm, tak tahu macam mana virus RM ni boleh lekat, tak sure kakak ka member yang pengaruh :p diri sendiri nak tengok, salahkan orang. heh.
Pagi-pagi post pasal running man dah kenapa?
Dalam rumah ni ada empat orang. Dulu tengok sorang-sorang. Bila housemate tanya,
U : tengah buat apa?
T : tengok running man. kekeke~ (sambung gelak balik)
U : ...
T : :)
Ok, sekarang depa bertiga pulak. heheh. sapa punya kejadah la ni. ish. Pagi-pagi pas solat subuh boleh bercerita pasai RM. tak cari pasai, sat ja la, pastu pegang buku. Nak exam kot!
Bila ia sesuatu yang membahagiakan, kita akan suka dan suka.
Sama dengan amal yang baik. solat berjemaah, puasa sunat, saling berkasih sayang, bertegur sapa, memberi hadiah, ehem. Apatah lagi perkara yang dibuat kerana Allah suka, lagii lagiii berganda kebaikannya. Dan bila ia ditunjukkan kepada yang lain dan membahagiakan, ia akan mempengaruhi orang sekeliling. Ini namanya biah. Betapa peri pentingnya memilih kawan. heee.
Duduk dalam satu kelompok, walaupun seorang sahaja luar biasa lain daripada yang lain, tetap akan mempengaruhi seluruh kelompok itu. Contoh sudah seperti di atas. *sigh* Oleh itu luarbiasakan diri anda dengan perkara yang membawa amal jariah. sekian.
Hakikat sekarang, orang takut untuk meluarbiasakan diri untuk menampakkan imej seorang pendakwah. Lalu dimodifiedkan dirinya kepada yang lebih sempoi sehingga kadang-kadang buat ia tersasar jauh. Nauzubillaah. Tak payah negativekan pemikiran yang sudah memang senang dipengaruhi, janji Allah itu benar, dan tiada yang benar melainkan janji Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula , maka beruntunglah orang-orang yang asing.” ( Hadis Riwayat Muslim )
Tengah nak post, pasal ni tetiba ada status keluar pasal pengaruh kpop blablabla yang menjadi titik mula pengaruh itu. ambillah yang jernih, buanglah yang keruh. sekian.
berempat :)