"Tuhan,

kuatkan aku,

lindungi ku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu"

[Muhasabah Cinta- Edcoustic]

Wednesday, May 25, 2011

pagi hari ini.

pagi-pagi dah teringat nak balik. apa ni? sabar la. hati. hati. balik malaysia rindu nak balik mesir, balik mesir rindu malaysia. :)

pagi ni jugak, teringat seorang kawan. dari mula masuk mat jiwa sampai sekarang, hati ni sama untuk dia, tak berubah. alhamdulillah. dari form 1 dormate then sampai form 3 jadi bedmate. :) rindunya. naik form 4 dah tak sekali. sebab tak sekali la. sifatnya sangat dikagumi. yang paling kagum sekali, ala kulli hal dia sangat bersederhana. sifat yang tak semua orang ada dan susah nak jumpa. dari pakaian hinggalah wataknya. cakap pun tak lebih-lebih. rindunya nak sembang macam dulu-dulu. insyaAllah dia akan fly dalam bulan 7/8 ni. exam pun hujung bulan 7 baru habis :(. janji nak balik pi hantar. janji tinggal janji.

kalau ukhwah kita kerana Allah, insyaAllah bukan takat kat dunia ja. insyaAllah, sama-sama kita doa. :) 

ukhwah itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujung. dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya. insyaAllah :)



pagi ni jugak, roomate exam. study sorang-sorang. lepas habis satu chapter, teringat lagi. :) teringat semalam ada housemate mintak tolong download ceritera pasal palestin. tergerak nak tgk ending. ending pn dah cukup buat mata ni bengkak. 

subhanallah. macam-macam rasa. sedih, semangat nak jihad, geram dengan israel laknatullah, geram, geram, geram. T_T. cerita tu ya Allah, tu baru dalam cerita. ntah yang kat sana tu macam mana la rupanya. then, tengok dari awal sampai habis. muhasabah kejap. rasa nak meluah. satgi kena sambung study. fighting! semangat study betul-betul untuk jejak tanah palestin satu hari nanti insyaAllah. :)



3 comments:

Anonymous said...

saja dok buat aku teriak pulak. (T.T)

nur al fatihah said...

uhibbukifillah!

salwa ismail said...

hahaha. i know who is she.