"Tuhan,

kuatkan aku,

lindungi ku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu"

[Muhasabah Cinta- Edcoustic]

Thursday, November 24, 2011

mula membilang hari. selepas itu bermula episod baru. tabah, cekal dan kuat untuk terima segalanya. Allahu Akhbar. hadirnya kerana Engkau, pulang ia kerana Engkau.

insyaAllah akan berakhir satu episod. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

balik biar berjasa untuk mak ayah. terima kasih atas segala pertolongan dan mohon maaf atas segala kekhilafan diri. walaupun berusaha mendidik diri berdiri di atas kaki sendiri, nombor telefon yang sama tetap dihubungi, sebagai penyudah kerja sendiri. masa, duit dan tenaga dikorban tanpa merungut. jazakallah khairan kathiran. syukran jiddan untuk segalanya.

semoga Allah balas segala pertolongan dan kesabaran itu dengan berganda kebaikan, biiznillah. semoga dimurahkan rezeki pada masa depan. TAHNIAH telah berjaya bergelar graduan ijazah. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. semoga kejayaan ini menjadi semangat belajar di sini. biarlah kaki ini terus berjalan di jalanNya. aminnn.

setiap peristiwa bersama menjadi madah pelajaran kehidupan. dari sekecil-kecil hingga ke peristiwa besar, segalanya diambil sebagai pelajaran kehidupan. maaf lagi atas kekhilafan diri. diri ini masih belajar. belajar tentang hidup.

ya Rahman, ya Rahim. permudahkan lah perjalanan hidupnya. ampunkan lah dosa-dosanya. bahagiakan ia dengan pilihan hidupnya sampai ke syurgaMu. berikan lah ia segala kebaikan. lindungi ia di bawah rahmat agungMu. ya Allah, peliharalah ia sentiasa. peliharalah ia daripada dosa, maksiat dan perkara yang leka. ya Rahman, Ya Rahim, diri ini banyak menyusah dan menyeksa ia, ampunkan lah dosa-dosa diri ini. berikan lah yang terbaik untuk nya. amiin ya Rabb.

No comments: