"Tuhan,

kuatkan aku,

lindungi ku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu"

[Muhasabah Cinta- Edcoustic]

Saturday, January 28, 2012

Allah can reach each falling tear, He sees the heart that needs a cheer, He knows the path that's hard and clear, Don't ever give up cause He's always near ♥


Allah..


people said, " When I'm happy and cheerful, my friends know who I'm. When I'm down and depressed, I know who my friends are.. :) "


now, its happened. felt worst. again. try to be the best but i can't!


Allah..






sorry from being bad, i'm still in state of learning (even its an excuse ;(! ). hopefully the 'small' help can make you easier and happier..

Monday, January 23, 2012

boleh tak nak mintak cuti sehari? sehari ja.. tak kena buat apa-apa, belajar kerja semua tak payah, fikir pun tak payah... dapat pulak bercuti di negara yang tak da orang kenal..best kan, sehari pun jadilah. cuti dari 'berkerja'. tak payah nak fikir pasal dunia.

Allahuakhbar..

fikirkan Allah ada cuti, cuti dari beri kita nyawa, beri kita rezeki. semua nikmatNya, ciptaanNya Allah tarik.. sehari ja. Allah..

tehah,
Life is nothing but a TEST from Allah. have Faith in His promise!

sakit.

Saturday, January 21, 2012

"kalau ada yang membenci kamu, itu perkara biasa, kerana hidup ini bukan untuk membahagiakan semua orang, tetapi untuk mentaati perintah Tuhan."

Sunday, January 15, 2012

tema kebelakangan ini : solat

Allah. perbuatan yang hanya memakan masa tak sampai sepuluh minit, tapi sangat-sangat berat untuk dibuat.

artikel yang dah lama disimpan di 'bookmarks bar' dibuka..


Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
Allahuakhbar! 

Sunday, January 8, 2012

Everything in life is temporary. So, if things are going good, enjoy it because it won't last forever. And if things are going bad, don't worry bacause it won't last forever either.
                                                                                                                       -khadimulQuran-

be positive in anything! :)


satu cerita pendek pembuka mata. tiada kaitan dengan kata-kata di atas tetapi berdiri di atas satu tujuan yang sama iaitu perkongsian.

seorang yang disegani dijemput memberi ceramah di sebuah program. pada hari berlangsung program, penceramah jemputan itu pergi tersangat la awal. dia pergi untuk menyusun kerusi dan meja. sehingga sampai lah urusetia pelaksana program.

ajk    : kenapa tuan buat semua ni?sedangkan ini adalah kerja kami. tuan adalah orang yang kami jemput.
tuan  : saudara, saya tak tahu mana satu amalan saya di terima Allah. ntah ceramah yang bakal saya ceramah nanti ntah Allah terima atau tak.

Allah.