"Tuhan,

kuatkan aku,

lindungi ku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu"

[Muhasabah Cinta- Edcoustic]

Saturday, February 11, 2012

Analogi 'berperang'.

Kita diberi tempoh bersiap sedia untuk berperang, bersiap sedia dengan ilmu berperang. Dalam tempoh itu kita berperang dengan 'alasan' yang dicipta sendiri.

Kemudian, bila sampai hari berperang, ramai yang menarik diri. Diri ini sekali dalam dilema..Allah, kalau macam ini la aku, sampai bila-bila diri ini tidak bersedia untuk pergi berperang. Diberi pilihan sama ada untuk menarik diri atau pun turut berperang. Ramai yang menarik diri memberi 'alasan' kerana belum sempat mengkaji ilmu perang. Allah..apalah sangat yang ada dalam diri ini..aku nak berperang tetapi macam-macam 'alasan'.

Diri ini kuat mengatakan "tak apa, teruskan. inikan yang diberi tempoh sudah pelbagai 'alasan' tercipta, manakan pula nanti jika diserang tiba-tiba". Rasa tak yakin berbaur-baur. Usaha yang sedikit, rasa malu nak tawakal kepada Dia. Allah..segalanya ku serah padaMu.

Takdir menentukan gagal dalam peperangan. Awalnya syukur dan gembira, kemudian sedih bila mendapat tahu ada yang bersedih dengan ujian diri ini. "Allah, redhakah aku dengan ujian ini?"

Hikmah Allah itu terlalu banyak, tak tergapai dek akal. Subhanallah. :)

No comments: