Hargai mereka di sekelilingmu..
Setiap insan mempunyai kehebatan, mereka adalah khalifah Allah yang terpilih. Fahamilah, insan yang berada di sisimu sudah termaktub dalam kitab NYA yang azali, telah disusun oleh Allah Yang Maha Bijaksana.
Mereka ditetapkan menjadi suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara di alam ini.
Mereka adalah yang terbaik di sisimu. Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka, mungkin kekurangan mereka itulah yang menjadikan dirimu kuat.
Mungkin kerana kekurangan mereka itulah yang menolak kamu ke syurga kerana keberkatan kesabaranmu yang membawamu ke syurga.
Mereka adalah pasukan pilihan Allah padamu. PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK. Bersamalah mereka ketika susah dan senang.
Setiap mereka ada haq atas dirimu di dunia dan akhirat; mereka boleh membawamu ke syurga dan mengheretmu ke neraka.
Hargailah setiap insan disisimu. Sayangi mereka, hulurkan bantuan ketika mereka memerlukan dan berkorbanlah demi kasih sayang.
Berhati-hatilah dengan syaitan yang cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. Sesungguhnya engkau memerlukan mereka dan mereka memerlukanmu dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.
kredit to ukhti Hamizah ; aisya humaira <-- fb
No comments:
Post a Comment