"Tuhan,

kuatkan aku,

lindungi ku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu"

[Muhasabah Cinta- Edcoustic]

Wednesday, May 30, 2012


Islam mendidik dgn jelas adab perbedaan pendapat & tindakan;

[1] berta'awun; bersatu dlm tindakan & pemikiran. Banyak rupanya kerja yg sama-sama kena buat

[2] jika tak dapat, berta'amullah bersama mencari persamaan utk bekerjsama, sebab yakinlah persamaan itu terlalu byk berbanding apa yg berbeza

[3] dan akhir, kalau keduanya tidak dpt juga, maka marilah ber ta'ayush hidup dalam sama2 memberi, bersangka baik, dan janganlah sesekali redho dgn siapa sahaja yg cuba menjatuhkan, menghina atau cuba memandang hina oleh musuh sebenar Islam.


terlalu banyak perkara untuk dibelajar dan dibuat..


Allah.

Sunday, May 20, 2012


Anda perlu mengatur perjalanan kehidupan anda dengan begitu teratur sekali. Ini adalah perjalanan yang paling penting dalam hidup anda dan sudah tentu anda mahu merancang perjalanan atau merancang proses menuju matlamat hidup anda dengan cara saintifik.
Disini saya cuba berikan satu analogi, jika anda hendak mengubah diri anda untuk menjadi lebih baik. Bayangkan sekarang anda adalah seorang arkitek. Apakah langkah yang perlu diambil oleh seseorang arkitek untuk membina semula sebuah bangunan ? :
  1. Menentukan apakah yang ingin anda capai.
  2. Memikirkan perkara-perkara ingin anda capai.
  3. Memikirkan perkara-perkara yang ingin dialih daripada bangunan itu supaya anda dapat melaksanakan rancangan untuk pembinaan semula.
  4. Anda perlu memusnahkan sesuatu sebelum anda mula membina semula bangunan baru.
Cuba kaitkan proses diatas dengan rancangan yang anda ikuti di dalam membina semula kehidupan anda. Anda akan membuat keputusan apakah yang anda tidak ingin sebelum menentukan apakah yang anda mahu. Seterusnya, menulis rancangan anda di atas sehelai kertas supaya anda dapat mengkaji dan menyempurnakannya.
Sekian sahaja untuk kali ini.

mencari sesuatu yang sentiasa terfikir-fikir . . . :)

Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum wbt...
alhamdulillah...
dalam keadaan yg agak sibuk ni...
sempat lagi ana berkongsi serba sedikit kata hati lensa daie..

Alhamdulillah...
Bersyukur kita pada Allah...
dengan limpah kurniaNya..
Antum dan antunna masih diberi peluang dan waktu...
dan sepastinya MASA utk membaca kata hati diri yg jahil lagi hina ini...

Alhamdulillah..lihatlah betapa berkuasanya ALlah itu...
Dia yg menentukan segala sesuatu yg dia kehendaki...
kita hanya merancang..tetapi Dia yg menentukakan...
dan segala yg terjadi hanya dgn izinNya...

MASA

Sahabat...
bila kita cakap pasal masa...
mari kita muhasabah diri seketika....
apa yang dah kita lakukan dalam seminggu lepas...

Rasa-rasanya dapat tak jawab soalan ni...

1.Apa sumbangan kita pada Islam???
2.Apa sumbangan kita pada Saudara/i semuslim kita??
3.Apa sumbangan kita utk bekalan akhirat??

Jadi, bagaimana? dah dapat jawab soalan "easy" mcm makan kacang ni ker??

Sahabat...
Allah itu maha Adil..
setiap seorang dari kita diberikan 24jam sehari...
tidak ada yang kurang sesaat, seminit atau sejam sekali pun...

Tetapi kenapa kita dapat lihat...
masih ada yg masih merungut..
masa yg diberikan itu masih tidak cukup...
walhal 24jam itu besar jumlahnya..

Ana ambil contoh pelajar perubatan..kerana ia lebih dekat dgn diri ana...
Bila diajak utk beramal, berbakti, dan berdakwah dijalanNya...
selalu aja diberikan alasan "TAK DA MASA"..

Betul ke pelajar perubatan tiada masa???

TIPU!!!

Kalau xde...yg ana menulis ni ada pulak masa...
kalau xde..yg ana upload gambar ni ada pulak masa..

EH?? cmner ni? tadi ada yg ckp xde masa...
kenapa ana ada masa??

Sahabat...
sebenarnya...masa itu ada...
cuma manusia itu "sendiri" yg membuatkan dirinya seperti tiada masa...

cuba antum lihat waktu lepas subuh dan asar..
ada manusia yg tido balik...
last2..MASA dihabiskan utk tido...
lepas isyak xyah lah citer..mmg sah2 masa lagi byk habis dok..

A096
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. [2:96]

Analogi:
Pada satu hari, seorang pencuri kesempitan wang..jadi, dia pun cadang nak menyeluk saku manusia-manusia disekelilingnya...jadi, pencuri ini pun menetapkan masa, tempat dan waktu utk menjalankan misiBELIAU...setelah dia ternampak mangsa, dia pun mencuri..at last...ramai insan-insan "TERPILIH" telah kehilangan dompet dan wang...
Tamat analogi..

Pencuri: Kita
Target: matlamat hidup yg sebenar
Mangsa: saudara/i seislam kita..
Dompet dan wang: kesan

Kesimpulannya..
jadilah pencuri masa..
kerana..sesibuk mana pun kita dgn hal-hal dunia...
kita masih ingat yg kita ada matlamat hidup dan tujuan dihidupkan dimuka bumi ini...
dengan ditetapkan tempat, waktu dan masa.. (dgn izin Allah)...
kita curi masa utk berbakti, beramal dan berdakwah dijalanNya...
kerana..insyaAllah...diakhir perjuangan kita..
akan ada insan/ manusia yg terkesan dgn usaha kita yg tak seberapa itu...
Inilah hadiah dan amalan yg perlu kita bawa kesana...bukan gelaran, pangkat atau 4.00 yg dikejar-kejar...

Yang baik itu kita amal-amalkan...
Yang buruk itu kita jauh-jauhkan..
Selamat beramal ^.^

p/s:
jom jadi pencuri masa...
agar masa yg diluangkan bersama..
sentiasa tenang, aman sentiasa ^.^ 



copy from http://lensadaie.blogspot.com/2011/09/masaaku-pencuri-kamu.html

Thursday, May 10, 2012



Decide what you love to do and do it whole heartedly focusing on the value you can add to the world and see how your passion lead your life


If you spot it you got it. If you spot negativity it means you have negativity


-dr muhaya-
________________________________________________________

[ in state of learning ]

positive kan semua yang akan terjadi, insyaAllah flow akan smooth dgn izin Allah.

[ begin with the end in mind ]

Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hambaNya.

kalau kita dah predict apa yang akan terjadi, dan kita takut kepada hasilnya, positivekan segala apa yang kita nak hasilkan 'berserta' dgn usaha kita dan insyaAllah perkara yang kita takut tak kan terjadi.
#macam ayat buku teks gamaah, tak tahu nak letak titik/koma kat mana. :l


Monday, May 7, 2012


how should it be?
.....
people are the boss
‎"Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga2 Allah memberi taufiq (menunjukkan kpd engkau jalan yg benar). Dan jika nasib engkau bergantung kepada kami, moga2 Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)" -Ucapan (wasiat) Sheikh Mutawalli sya'rawi kpd Hosni Mubarak.

Wednesday, May 2, 2012

sebulan tak berinternet + homesick :'( + exam mode!

Allah! Allah! Allah!

Allah musta'an!

Wednesday, April 18, 2012


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid..

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen...

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?",

Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian.... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita  terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


Saturday, March 31, 2012

' KESIHATAN adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit. '

- Nabi Daud -

Thursday, March 29, 2012

Hargai mereka di sekelilingmu..

Setiap insan mempunyai kehebatan, mereka adalah khalifah Allah yang terpilih. Fahamilah, insan yang berada di sisimu sudah termaktub dalam kitab NYA yang azali, telah disusun oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

Mereka ditetapkan menjadi suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara di alam ini.

Mereka adalah yang terbaik di sisimu. Jangan memandang rendah akan kekurangan mereka, mungkin kekurangan mereka itulah yang menjadikan dirimu kuat.

Mungkin kerana kekurangan mereka itulah yang menolak kamu ke syurga kerana keberkatan kesabaranmu yang membawamu ke syurga.

Mereka adalah pasukan pilihan Allah padamu. PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK. Bersamalah mereka ketika susah dan senang.

Setiap mereka ada haq atas dirimu di dunia dan akhirat; mereka boleh membawamu ke syurga dan mengheretmu ke neraka.

Hargailah setiap insan disisimu. Sayangi mereka, hulurkan bantuan ketika mereka memerlukan dan berkorbanlah demi kasih sayang.

Berhati-hatilah dengan syaitan yang cuba memecahkan pasukan pilihan Allah. Sesungguhnya engkau memerlukan mereka dan mereka memerlukanmu dalam kehidupan yang penuh penderitaan dan cabaran.

kredit to ukhti Hamizah ; aisya humaira <-- fb

Tuesday, March 27, 2012


When I’m alone and need someone to support me, no one comes to help me except Allah. 
When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. 
When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. 
People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. 
This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him.


Allah!

Sunday, March 25, 2012

seminggu sibuk. sehari diri meminta cuti. kesannya, beterabur masalah.

Allah.

p/s : rehatlah di syurga nnti!

Sunday, March 11, 2012

KITA. Ya, saya dan anda semua. Pada saat kita melihat seorang kawan terpisah dengan insan yang dicintai, kita akan turut sama merasa dukacita. Apabila kita bertemu dengan kawan yang kehilangan seseorang yang dikasihi, akan terbias juga perasaan pilunya di sanubari kita.


Namun, saban hari kita berjumpa, melihat, dan berkomunikasi dengan manusia (kawan kita semua) yang terpisah jauh hidup mereka daripada Allah s.w.t. bahkan ada yang sudah hilang Islamnya, tetapi kita seakan-akan tidak merasa apa-apa.


Yang dalam kepala kita, “tidak mengapa, asal mereka senang dengan hidup mereka dan tidak mengganggu hidup kita.”


اغفر لنا يا ربّ


copy from here

amiiin.
+++++++++++++++

nowaday, macam-macam benda jadi. hati ni terlalu kering dan haus untuk berfikir.
Allah.
dont judge people, but we already judging people yg pakai tudung labuh n pakai kopiah, ye x?
 xpyh fikir org/manusia pandang apa (sbb pkai tudung labuh problem, xpkai lagi jadi prob) so kita fikir Allah pandang kita mcm mne .. so hari2 yg kita lalui ni dari bab aurat,adab dn semua chpter baik buruk dlm hidup ni kita set dlm otak ALLAH tgh tgk (memang pun kan ?) so we know it our self hw to dress/ act when Allah is watching us ... 
Allah had make everything to make you learn and think bout Him. depend on you to think bout it or not.

Wednesday, February 29, 2012

"Truly, God does not change the condition of a people until they change what is in themselves." (Quran 13:11)
The Prophet Muhammad (Allah bless him and give him peace) is reported to have said, "The believer is the mirror of the believer." [Abu Dawud, and others]

Man In The Mirror Lyrics

I'm going to make a change,
For once in my life....
It's going to feel real good,
Going to make a difference
Going to make it right!

As I, turn up the collar on
My favorite winter coat
This wind is blowing my mind
I see the kids in the street
With not enough to eat
Who am I to be blind?
Pretending not to see their needs...

A summer disregard,a broken bottle top
And a one man soul
They follow each other on the wind you'll know
Because they got nowhere to go
That's why I want you to know!

I'm starting with the man in the mirror!
I'm asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!

I've been a victim of a selfish kind of love
It's time that I realize...
There are some with no home, not a nickel to loan!
Could it be really me, pretending that they're not alone?

A willow deeply scarred...somebody's broken heart
And washed-out dreams
They follow the pattern of the wind you'll see
Because they got no place to be
That's why I'm starting with me!

I'm starting with the man in the mirror!
I'm asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!

I'm going to make a change....for once in my....life.
sakit.

Sunday, February 19, 2012

Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-lembut itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disediakan untuk mereka yang lemah lembut dalam sikap dan tutur kata.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan daripada neraka atau neraka diharamkan atasnya? Iaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.”

[HR. Tirmidzi]

read here.

Orang yang paling lembut hatinya (hati yang tunduk dan patuh kepada Allah dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit dosanya. -makhul ad-Dimsyaqi-

Allah..

*reading mode turn on*
'Lembutkanlah Hatimu by Amaluddin Mohd Napiah'

Saturday, February 18, 2012

" Saya nak jadi sahabat yang selalu diingatkan tentang kehidupan akhirat supaya saya tidak lupa bak pesanan seorang sahabat hidup di dunia hanyalah ibarat berada di dalam tandas. Kita tidak perlu berlama-lama, cukuplah kita mengambil apa yang perlu sahaja. Tandas itu jijik, kotor. Bahkan Rasulullah mengumpamakan dunia seperti bangkai. Apakah kita mahu mencintai bangkai?. . ."
read here!